PERBINCANGAN
POWERPOINT (BAHAGIAN 2)
KAVINITHYA SRI A/P M. GHANASUNDARAM
(D20191089908)
Perbandingan pembelajaran
antara abad ke-20 dan abad ke-21 berdasarkan
ciri fizikal, emosi dan sosial
ciri fizikal, emosi dan sosial
Perbandingan ciri fizikal
dalam pembelajaran abad ke-20 dengan pembelajaran abad ke-21 adalah suasana
bilik darjah. Bilik darjah sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan
dari semasa ke semasa. Sebelum kedatangan British, bilik darjah yang sesuai
belum wujud lagi. Tetapi, pondok kecil, kawasan perkarangan rumah, padang
tempat-tempat lain yang sesuai telah dijadikan sebagai bilik darjah bagi
mengkongsi atau meningkatkan ilmu murid-murid. Sebagai contoh, seorang Imam
akan mengajar ayat-ayat Quran di surau atau pondok kepada kanak-kanak Melayu
yang tinggal bersekitarannya. Apabila sekolahnya dibina, bilik darjah juga
dibina atau diwujudkan dalam kuantiti terhad. Bilik darjah pada masa itu
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, papan tulis
dan lain-lain. Bukan itu sajaha, bilik darjah tradisi yang diamalkan pada
dahulunya adalah bagi mendidik murid-murid di bawah Program ‘Kurikulum Lama
Sekolah Rendah’ dan ‘Kurikulum Lama Sekolah Menengah’. Dalam konsep bilik
darjah abad ke-20, sesi pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku dalam bilik
darjah sahaja disebabkan masalah kewangan yang menyebabkan pihak sekolah untuk
tidak membina makmal-makmal seperti makmal sains dan komputer. Hal ini
menyebabkan guru-guru terutamanya guru sains bagi mengajar murid-murid secara
teori sahaja tanpa melakukan eksperimen. Dengan ini, murid-murid mahupun guru
tidak dapat merasai keadaan makmal sains.
Manakala bilik darjah pada abad ke-21
ditransformasikan dengan ruang pembelajaran kreatif dan menarik. Sebagai
contoh, bilik darjah abad ke-21 merangkumi ruang-ruang seperti ruang
persendirian untuk murid, ruang untuk bahan-bahan pembelajaran, ruang untuk
aktiviti dan sebagainya. Malah, tempat duduk murid juga amatlah dititikberatkan
bagi merangsang elemen 4K seperti Komunikatif, Kolaboratif, Kritis dan Kreatif.
Ruang pembelajaran dan kedudukan tempat duduk pada abad ke-21 memberi
keselesaan kepada murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti pelajaran dengan
lancar. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai bilik seperti Bilik Khas iaitu
bilik darjah bagi matapelajaran teras seperti makmal sains, kemahiran hidup,
seni, Bilik ICT dan sebagainya. Hal ini dapat membantu guru untuk melaksanakan
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan sebaiknya.
Seterusnya, perbandingan ciri
emosi dalam pembelajaran abad ke-20 dengan pembelajaran abad ke-21 adalah
gangguan emosi. Pembelajaran abad ke-20 adalah berteraskan atau berpusatkan
guru sahaja. Hal ini menyebabkan guru dan murid berkomunikasi dengan kurang.
Malah, proses P&P yang kurang menarik tidak dapat menarik fokus murid-murid
tetapi membosankan mereka. Dengan ini, guru mahupun murid mengalami gangguan
emosi. Sebagai contoh, apabila murid-murid tidak memberi fokus dalam pelajaran,
tidak menyiapkan tugasan yang telah diberikan atau tidak mencapai markah
cemerlang, guru berkemunkinan mengalami gangguan emosi. Manakala, apabila ibu
bapa murid-murid tersebut menegur anak-anaknya disebabkan keputusan yang tidak
memuaskan, murid juga mengalami gangguan emosi.
Pembelajaran abad ke-21 pula
berasakan murid di mana guru hanya membimbing sahaja. Dalam era teknologi kini,
guru-guru menggunakan komputer mahupun Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti filem
slaid, filem tayangan, projektor LCD dan sebagainya bagi menarik fokus murid
dalam proses P&P. Dengan ini, murid memberi tumpuan sepenuhya bagi mendapat
keputusan yang memuaskan. Melalui proses P&P yang berkesan, guru dapat
menarik dan menceriakan murid malah gangguan emosi juga dapat dikurangkan.
Akhir sekali, perbezaan ciri
sosial antara pembelajaran abad ke-20 dengan pembelajaran abad ke-21 adalah interaksi atau komunikasi. Seperti yang dinyatakan tadi,
pembelajaran abad ke-20 adalah berpusatkan guru sahaja di mana interaksi sehala
berlaku antara guru kepada murid. Oleh itu, murid-murid tiada peluang untuk
berinteraksi, bergerak mahupun bertanya soalan kepada gurunya malah hanya boleh
mendengar sahaja.
Tetapi, pembelajaran abad ke-21
adalah berpusatkan murid. Oleh itu, murid-murid diberi kebebasan, keselesaan
atau peluang untuk bertanya soalan, bergerak dan berinteraksi antara satu sama
lain sesama murid mahupun guru. Guru-guru juga mengajar muridnya untuk bijak
berkomunikasi dan memberi pendapatnya. Sebagai contoh, guru-guru sentiasa
bertanya soalan bagi mendapatkan idea atau pendapat mereka serta menyuruh murid
untuk membentangkan sesuatu topik dan dapatannya bagi membentuk komunikasi
berkesan. Bukan itu sahaja, cara penyusunan meja dan kerusi dalam bilik darjah
juga dapat meningkatkan interaksi dan komunikasi antara guru dengan murid.
Terdapat beberapa susun atur meja dan kerusi dalam bilik kerusi yang menyumbang
kepada komunikasi berkesan antara guru dengan murid. Antaranya adalah, “The
Double Horseshoe”, “Three Colums”, “Small Groups”, “Modified Horseshoe”, “The
Butterfly” dan lain-lain.
Jadi jelaslah bahawa terdapat
beberapa perbandingan antara pembelajaran abad ke-20 dengan pembelajaran abad
ke-21 dalam ciri fizikal, emosi dan sosial. Perbezaan adalah satu-satunya
perkara yang tidak berubah. Melalui perbezaan yang berlaku terutamanya dalam
teknik pembelajaran, murid-murid dapat bersedia untuk menjadi kompeten dalam
bidang pekerjaan. Guru juga disarankan
untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, generasi
berwawasan dan berdaya saing dapat dibina bagi kesejahteraan diri, sekolah,
masyarakat dan negara.
POWERPOINT (BAHAGIAN 2)
Klik pada gambar untuk melihat slaid secara jelas










































